-
1. Kelayakan
Penyertaan terbuka kepada semua penuntut universiti / kolej Malaysia (awam / swasta).
Penyertaan berpasukan perlu mempunyai minimum tiga (3) dan maksimum sepuluh (10) ahli.
Semua ahli pasukan haruslah pelajar berdaftar sepenuh masa atau separuh masa. -
2. Hasil Yang Perlu Dihantar & Marketing
Setiap kumpulan mesti menghasilkan satu (1) drama bersiri pendek vertikal yang original sebanyak 10 episod, setiap episod berdurasi 2-3 minit, dirakam dalam format menegak (9:16). Drama mestilah original, tidak pernah diterbitkan di mana-mana platform, dan tidak pernah dihantar ke mana-mana pertandingan.
Tema mestilah relevan dengan pelajar, mampu menyentuh emosi, dan sesuai untuk tontonan umum.
Dialog mestilah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama atau bahasa lain dengan pilihan sari kata dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Setiap episod perlu dihantar melalui YouTube playlist yang tidak tersenarai (unlisted).
Setiap pasukan perlu menyediakan bahan marketing yang merangkumi:
- 1 poster drama
- Teaser 10 saat
- Promo drama berdurasi 30 saat
-
3. Eksklusiviti Drama
Setelah dihantar, kandungan yang dihasilkan mestilah eksklusif kepada platform seeNI selama 12 bulan bermula dari tarikh penerbitan.
Sepanjang tempoh ini, kandungan tidak boleh diterbitkan, ditayangkan, atau diedarkan di mana-mana platform lain (termasuk YouTube, TikTok, atau festival) tanpa kebenaran bertulis daripada seeNI.
Selepas tempoh eksklusiviti tamat, pasukan dibenarkan untuk menggunakan semula atau memuat naik semula kandungan tersebut dengan syarat memberikan kredit penuh kepada seeNI sebagai platform asal.
-
Sepanjang tempoh eksklusiviti:
Kandungan tidak boleh dihantar ke pertandingan lain, platform, atau tayangan tanpa kebenaran bertulis daripada seeNI atau Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
Pasukan perlu menghantar permohonan rasmi melalui emel yang menyatakan tujuan, nama platform / pertandingan, serta tarikh penggunaan.
seeNI berhak meluluskan atau menolak permohonan tersebut berdasarkan kandungan dan kesesuaian jenama.
-
4. Sokongan Produksi
Setiap pasukan yang terpilih akan menerima geran produksi sebanyak RM4,000 untuk tujuan penggambaran dan penyuntingan.
Pasukan wajib menghantar perincian bajet serta bukti perbelanjaan produksi selepas projek selesai.
Sebarang kos tambahan melebihi jumlah geran yang diberikan adalah tanggungjawab pasukan peserta.
-
5. Hak Milik & Hak Penggunaan
Pasukan pelajar mengekalkan hak pemilikan kreatif terhadap projek drama yang dihantar.
Namun dengan menghantar penyertaan ke seeNI X Remaja UniDrama, peserta bersetuju memberi hak bukan eksklusif kepada seeNI dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd untuk:
- Menayangkan, mengedarkan, dan mempromosikan kandungan di semua platform digital dan media sosial rasmi seeNI.
- Menyunting atau mengadaptasi kandungan bagi tujuan promosi (dengan mengekalkan konteks asal serta memberikan kredit).