1. Siapa yang layak untuk sertai seeNI X Remaja UniDrama?
Penyertaan terbuka kepada semua penuntut universiti dan kolej yang berdaftar di Malaysia, sama ada dari institusi awam atau swasta.
2. Boleh join sorang-sorang atau kena buat kumpulan?
Boleh join individu atau berpasukan. Kalau berpasukan, minimum 3 orang dan maksimum 10 orang.
3. Apa format drama yang kena hantar?
Drama mestilah dalam format video vertikal (9:16), berdurasi 2-3 minit untuk setiap episod. Anda perlu menghantar sebanyak 10 episod.
4. Kena guna kamera profesional ke atau boleh shoot dengan telefon?
Anda bebas menggunakan sebarang jenis kamera, termasuk kamera telefon pintar, asalkan kualiti video adalah baik dan jelas.
5. Tema drama tu bebas ke atau ada syarat?
Tema adalah bebas tetapi mestilah relevan dengan kehidupan pelajar, mampu menyentuh emosi, dan sesuai untuk tontonan umum.