Roti yang dibeli kemudian tidak dihabiskan sebelum tarikh luput adalah perkara biasa. Biasanya sehari dua selepas tarikh luput, permukaan roti masih elok dan boleh dimakan. Tetapi ada juga keadaan di mana permukaannya sudah mula ditumbuhi kulat.
Ada antara kita yang tidak kisah makan roti berkulat. Buangkan saja bahagian kulat dan yang masih ‘bersih’ itu kita makan. Pada kita cara itu lebih baik dan tidak membazir, kerana bahagian yang berkulat sikit saja. Nak dibuang tidak berbaloi.