Sambal Tempoyak Daun Kayu sememangnya digemari ramai. Harum bau aneka herba yang dihiris halus, ditambah pula dengan rasa tempoyak yang enak, ada rasa pedas, memang memukau selera. Cara membuatnya sangat ringkas namun bahan-bahan yang diguna haruslah lengkap. Barulah makan pun rasa puas.
Nak cuba masak Sambal Tempoyak Daun Kayu guna resipi original dari Negeri Sembilan? Saudari Nazuhaina Azu ada kongsikan bahan-bahan dan juga caranya. Cuma resipi ini dalam jumlah yang banyak. Untuk membuat dalam jumlah sedikit, anda boleh bahagikan sukatannya menjadi bahagian yang lebih kecil. Selamat mencuba!