KUALA LUMPUR – Kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, berakhir penuh tragis apabila mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Bernam, Selangor lima hari kemudian.
Mangsa merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak dan bekerja di bahagian pemasaran digital sebuah kedai percetakan di Perak.