Di kebanyakan tempat, wanita yang memiliki kening bercantum atau unibrow sering ‘memisahkan’ kening mereka agar dilihat normal. Tapi berbeza bagi model dari Cyprus, Sophia Hadjipanteli, dia cukup berbangga dengan keunikan itu malah kening menjadi tarikan utama yang membuka laluan rezekinya.
Berusia 24 tahun, Sophia Hadjipanteli merupakan seorang penuntut jurusan Pemasaran di Universiti Maryland di Amerika Syarikat. Selain melanjutkan pengajian, gadis bijak ini berpindah ke sana bagi mengembangkan karier modelling yang menjadi minat utama.