Lazimnya, pulut kuning disediakan pada majlis keraian ataupun acara istimewa seperti majlis khatam al-Quran, kenduri kesyukuran, ulang tahun kelahiran mahupun perkahwinan. Malahan, ramai juga yang menggantikan acara potong kek di majlis resepsi perkahwinan mereka dengan pulut kuning berhias.
Mungkin bagi sesetengah orang yang tidak pernah membuat pulut kuning akan merasakan agak sukar untuk menghasilkannya. Namun, sebenarnya tidak sesukar mana. Anda boleh mencuba resipi mudah, menjimatkan masa dan gerenti jadi ini.