Baru-baru ini, pelakon Meerqeen telah berkongsi kriteria wanita idamannya dalam satu temubual bersama Era FM Sarawak. Dia juga turut menjelaskan bahawa ada beberapa ciri yang dapat memikat hatinya dan membuat dia jatuh cinta.
Pemilik nama penuh Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam (22) mengakui bahawa dia masih belum mempunyai kekasih kerana ingin fokus sepenuhnya kepada kerjaya seninya. Kesibukan dalam kerjaya seni membuatkan dia memilih untuk tidak mempunyai teman wanita kerana bimbang tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada hubungan tersebut.