Aidiladha tahun ini pastinya cukup bermakna buat Dato’ Azril Mohd Radzi kerana menerima kehadiran cahaya mata baharu. Menerusi perkongsian usahawan V’Asia berkenaan, isteri tercinta iaitu Datin Balqish selamat melahirkan anak ketiga mereka pada malam Hari Raya Haji yang lepas. Alhamdulillah.
Mendedahkan secara eksklusif kepada Nona mengenai berita kehamilan Datin Balqish pada Januari lepas, usahawan hartanah ini dilaporkan menimang cahaya mata perempuan. Bagaimana pun mereka belum mengumumkan nama anak tersayang kepada khalayak.